KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN, 8 OKTOBER 2020 | COVID-19

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 18 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,519 kes (73.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 8 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, KKM ingin memaklumkan bahawa;

  • 18 kes telah dikesan daripada Kluster Tembok, Kluster Benteng LD danKluster Penjara Reman (iaitu meliputi 4.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini. Kesemua kes positif dalam kluster-kluster terasing ini adalah di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara. Ini bermakna mereka terasing daripada masyarakat;
  • 50 kes daripada lain-lain kluster;
  • 303 kes di dalam komuniti; dan
  • Empat (4) kes import.

Secara keseluruhannya, 375 kes baharutelah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,368 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,703 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 375 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kesadalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

  • Belgium: Dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
  • India: Dua (2) kes saringan sign ondilaporkan di Sarawak.

Daripada 371 kes penularan di dalam negara, 342 kes adalah warganegara Malaysia dan 29 kes adalah bukan warganegara. Daripada 371 kes penularan di dalam negara, 18 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 301 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 271 kes
    • Enam (6) kes daripada Kluster Ramai-Ramai;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Laut;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Benteng LD;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tujuh Serangkai;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tanamera; dan
    • 252 kes daripada pelbagai saringan lain bagi COVID-19.
  • Selangor: 36 kes
    • 12 kes daripada Kluster Jalan Meru; 
    • Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 20 kes daripada pelbagai saringan lain bagi COVID-19.
  • Kedah: 16 kes 
    • 14 kes daripada Kluster Tembok;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Sintok; dan
    • Satu (1) kes saringan bagi COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pantai; dan
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Bangat; dan
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Sarawak: Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Arnab;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Dua (2) kes saringan lain bagi COVID-19.
  • Johor: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Dua (2) kes saringan lain bagi COVID-19.
  • Perak:  Lima (5) kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Puchong;
    • Dua (2) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan COVID-19 lain.
  • Terengganu: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Empat (4) kesdaripada pelbagai saringan lain bagi COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Dua (2) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Melaka: Satu (1) kes kes saringan lain bagi COVID-19.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes daripada Kluster Penjara Reman.

Sehingga kini, terdapat 60 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima (5) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 146 kes (1.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)