SIDANG KHAS MKN

• Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini mendengar pembentangan KKM berkenaan situasi semasa COVID-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

• Melihat kepada trend peningkatan kes positif COVID-19 di negeri dan wilayah-wilayah ini, terdapat keperluan bagi memperketatkan kawalan aktiviti pergerakan keluar masuk melibatkan kawasan ini.

• KKM juga sebelum ini telah mengumumkan terdapat 9 kluster dari tempat kerja di negeri Selangor sehingga hari ini. Justeru, atas nasihat KKM, sidang Khas MKN hari ini bersetuju agar pekerja- pekerja bagi sektor awam dan pekerja swasta diperingkat pengurusan dan pentadbiran tidak perlu untuk hadir ke pejabat dan hanya bekerja dari rumah (Work From Home).

• MITI juga memaklumkan bahawa hampir 800,000 pekerja sektor industri dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah akan terlibat dengan arahan ini.

• Arahan ini juga akan melibatkan seramai hampir 200,000 penjawat awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah

• Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan.

• Pihak majikan diarah untuk mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh ini.

• MITI akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan arahan ini dalam masa terdekat.

• Pekerja yang tinggal di kawasan zon merah perlu melakukan swab test dan jika pihak majikan mencarum dengan PERKESO, kos akan ditanggung.

• Pelaksanaan arahan ini akan berkuatkuasa bermula 22 Oktober 2020 sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

-- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)