COVID-19 - LAPAN KES KEMATIAN BAHARU HARI INI
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
239 | 12156 | Sabah | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia |
240 | 14415 | Sabah | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Tawau | Penyakit paru-paru kronik |
241 | 15287 | Sabah | Perempuan (WN) | 35 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, asma, dislipidemia dan strok |
242 | 29183 | Sabah | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit jantung dan gout |
243 | 29184 | Sabah | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Queen Elizabeth | – |
244 | 29185 | Sabah | Lelaki (BWN) | 70 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
245 | 29186 | Sabah | Lelaki (BWN) | 56 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) |
246 | 28252 | Selangor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.