KENYATAAN AKHBAR KKM, 7 OKTOBER 2020 | COVID-19

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 74 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,501kes (75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 7 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, KKM ingin memaklumkan bahawa 139 kes telah dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah (iaitu meliputi 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini, 34 kes daripada lain-lain kluster, 314 kes-kes lain di dalam komuniti dan dua (2) kes import. Secara keseluruhannya, 489 kes baharutelah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,993 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,351 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 489 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kesadalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara

 yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara mengembara dari negara:

  • India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan warganegara; dan
  • Kepulauan Maldives: Satu (1) kesdilaporkan di Selangor yang merupakan bukan warganegara.

Daripada 487 kes penularan di dalam negara, 467 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 487 kes tersebut juga, dimaklumkan sekali lagi bahawa sebanyak 139 kes adalah merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara Alor Setar dan Pokok Sena, Kedah (iaitu meliputi 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini. Kesemua kes positif dalam Kluster Tembok merupakan kluster terasing di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara. Ini bermakna mereka terasing daripada masyarakat.

Daripada 487 kes penularan di dalam negara, 15 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 283 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 282 kes
    • 182 kes saringan komuniti;
    • 71 kes saringan bergejala;
    • 22 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Laut;
    • Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital; dan
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke hospital;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan; dan
    • Satu (1) kes saringan tahanan.
  • Kedah: 153 kes 
    • 139 kes daripada Kluster Tembok; dan
    • 14 kes daripada Kluster Bah Sintok.
  • Selangor: 19 kes
    • Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Ini termasuk satu (1) kes daripada Kluster Selasih;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Jalan Meru; 
    • Tiga (3) kes saringan bergejala;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Benteng PK;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Embun;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan kendiri.
  • Pulau Pinang: Tujuh (7) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Reman;dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: Enam (6) kes
    • Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih.
  • Perak:  Empat (4) kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Puchong;
    • Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes
    • Dua (2) kessaringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) saringan bergejala; dan
    • Satu (1) kesdaripada Kluster Bah Tanjung.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes saringan masuk Sarawak;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan; dan
    • Satu (1) kes saringan pra perkahwinan.
  • Sarawak: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes
    • saringan Pintu Masuk Domestik.
  • Pahang: Dua (2) kes
    • Satu (1) kessaringan sebelum ke luar negara; dan
    • Satu (1) kessaringan pra pembedahan.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kessaringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kessaringan kemasukan ke hospital (pengiring).
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pra-pembedahan.
  • Kelantan: Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 40 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 141 kes (1.01 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)