COVID-19 - LIMA KEMATIAN BAHARU HARI INI
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima (5) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 204 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang | |
200 | 15063 | Kedah | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Sultanah Bahiyah | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia | |
201 | 11865 | Sabah | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Queen Elizabeth | – | |
202 | 23533 | Sabah | Lelaki (WN) | 88 | Hospital Duchess of Kent | – | |
203 | 23534 | Sabah | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Tuaran | Strok | |
204 | 23535 | Sabah | Perempuan (BWN) | 60 | Hospital Duchess of Kent | – |
* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA