PERLU SURAT KEBENARAN RENTAS DAERAH, NEGERI
Individu yang bertugas dibenarkan merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
Bagi yang perlu melalui Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri lain, mereka dinasihatkan mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan - Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.
Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat boleh dimuat turun menerusi pautan: https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf
ATAU dapatkan di balai-balai polis berdekatan.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
SUMBER: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA