PKPB KOTA BELUD BERKUATKUASA 13 OKTOBER 2020

Kerajaan bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kota Belud yang berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020.

Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan makanan/keperluan.

Sektor ekonomi berkaitan perkhidmatan perlu (essential service) termasuk kilang-kilang  dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

Pasar borong, pasar malam, pasar tani, kedai barang keperluan, kedai runcit dibenarkan beroperasi. 

Kedai-kedai makan, warung juga boleh dibuka tetapi terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away. 

Farmasi dan klinik juga dibenarkan beroperasi.

Sektor pekerjaan perkhidmatan perlu (essential service), perikanan, perladangan, pertanian dibenarkan. 

Semua sekolah, tadika,institusi pengajian tinggi, masjid dan rumah ibadat ditutup sepanjang tempoh ini.

Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya tidak dibenarkan

SUMBER: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)