Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (12 Oktober 2020)



1.Task Force Operasi Pematuhan

2,796 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 10,391 anggota telah membuat 41,459 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

2,796 pasar raya, 3,521 restoran serta 1,451 penjaja, 1,652 pasar awam/tani serta 2,440 tempat ibadah dan 951 tempat riadah telah diperiksa. 

PDRM telah menahan 663 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 617 dikompaun, 44 direman dan 2 dijamin.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: 

oPenjarakan fizikal (239)

oTidak memakai pelitup muka (178)

oAktiviti di pusat hiburan (105)

oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (89)

o Langgar syarat di kawasan PKPDB (20)

oTangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (16)

oTerlibat dengan aktiviti pelacuran (8)

oAktiviti perjudian (3)

oTinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan (3)

oPremis beroperasi tanpa lesen (1)

oMenghalang penjawat awam menjalankan tugas (1)


2. Kawalan Sempadan Negara

Semalam, Ops Benteng telah berjaya menahan 76 PATI, merampas 3 bot dan 3 kenderaan darat.

136 Sekatan Jalan Raya Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan:

oPDRM – 109 SJR

oATM    –  17 SJR

oAKSEM – 10 SJR

Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian  011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.


3. Operasi Sanitasi Awam

KPKT telah melakukan 10,401 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.

Sebanyak 21 operasi sanitasi meliputi 2 Zon Merah, 10 Zon Kuning dan 4 Zon Hijau di 7 buah negeri iaitu:

oSarawak (7 operasi)

oTerengganu (4 operasi)

oSabah (3 operasi)

oMelaka (3 operasi)

oPulau Pinang (2 operasi)

oPahang (1 operasi)

oKedah (1 operasi)

Operasi ini melibatkan 197 anggota JBPM serta 148 anggota PBT dan 4 dari agensi-agensi lain.


4. Kuarantin Wajib

46,655 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

9,473 individu sedang jalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 18 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

381 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 36,801 individu telah dibenarkan pulang ke rumah.


5. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Di Sabah

Sidang khas MKN bersetuju untuk melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober 2020.

Antara SOP adalah seperti berikut:

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhui SOP ketat yang akan dikeluarkan oleh MKN.

Pasar Borang, Pasar harian (6.00 pagi – 2.00 petang).

Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6.00 pagi – 6.00 petang)

Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6.00 pagi – 6.00 petang). Terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.

Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6.00 pagi – 6.00 petang)

Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6.00 pagi –  8.00 malam).

Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6.00 pagi hingga 6.00 petang)

Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam.

Sektor perikanan, perladangan, pertanian dibenarkan.

Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk IKS yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.


6.PKPD Felda Umas, Tawau

Sidang hari ini bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Umas yang akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober 2020 yang melibatkan 800 buah rumah dengan seramai 17,549 penduduk.

Semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:

Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.

Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM.

KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.

Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa akan mengawal seluruh kawasan terlibat. Rujuk laman sesawang MKN untuk maklumat lanjut.


7.PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya

Sidang khas MKN bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup. 

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai lanjut SOP akan diumumkan MKN dalam masa terdekat.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)