TUDM TERBANGKAN PETUGAS KKM KE SABAH
TUDM SELAMAT TERBANGKAN PETUGAS KKM TERDIRI DARIPADA 48 ORANG TIM MOBILISASI SERTA 20 ORANG TIM SUKARELAWAN KE TAWAU DAN KOTA KINABALU
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah berjaya melaksanakan satu lagi misi iaitu membawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdiri daripada 48 orang Tim Mobilisasi dan 20 orang Tim Sukarelawan. Kesemua mereka ini telah dihantar ke Tawau dan juga Kota Kinabalu bagi memberikan bantuan perubatan di kedua-dua daerah tersebut dalam usaha KKM menbendung penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah.
Bagi pelaksanaan misi ini, TUDM telah mengatur gerak sebuah pesawat angkut jenis C130H dari No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang. Penerbangan hari ini turut membawa peralatan perubatan KKM seperti "VTM, Mobile X-Tray, Super Script dan RTK" yang diturunkan di Kota Kinabalu bagi kegunaan pusat kesihatan disitu.
Penerbangan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Kapt Aiman TUDM selaku juruterbang dan Kapt Raja TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain yang turur membantu misi ini adalah jurutera penerbangan, Mej Azrin TUDM, jurumalim, Kapt Firdaus TUDM serta 3 orang loadmaster iaitu FSjn Firdaus, FSjn Kiran dan Sjn U Osman.
Bagi penerbangan pulang, pesawat C130H ini telah membawa 30 kotak sampel "swab test" dari Tawau dan Kota Kinabalu yang mana diserahkan kepada KKM sebaik tiba di PU Subang. Sampel-sampel tersebut akan dilaksanakan ujian pengesahan di makmal-makmal di semenanjung.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anak kapal serta pihak-pihak yang turut terlibat dalam memastikan penerbangan pada hari ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan membantu dalam usaha menangani pandemik covid-19 gelombang ketiga ketika ini.
SUMBER: TUDM