SIDANG MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA, 22 OKT

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 486 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 15, 417 kes (64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (250 kes);
  • Selangor (109 kes);
  • Kedah (67 kes);
  • Pulau Pinang (30 kes);
  • Perak (13 kes);
  • Johor (9 kes);
  • Sarawak (6 kes); dan
  • Terengganu (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 578 kes (68.2 peratus). Ini adalah hasil usaha gigih yang dijalankan di negeri Sabah, di mana lebih banyak petugas kesihatan telah dimobilisasikan daripada Semenanjung Malaysia dan juga dari dalaman negeri Sabah untuk terus menjalankan saringan di lapangan. Pada masa yang sama, lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah dan dihantar ke Semenanjung Malaysia, di samping pertambahan ujian saringan RTK Antigen untuk ujian segera dijalankan di lapangan.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan pertambahan sebanyak 164 kes (19.4 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 164 kes baharu, 71 kes (43.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin serius.

Secara keseluruhan, sebanyak 13 kes (1.6 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Reman, Kluster Tembok dan saringan di Penjara Taiping dan Penjara Tapah. Kes-kes ini sememangnya terasing dan tidak menjangkiti masyarakat. Sebanyak 11 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 465 kes.

Secara keseluruhannya sehingga 22 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 847 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 23,804 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 847 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima (5) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan di Selangor yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara iaitu dari negara;

  • India (4 kes); dan
  • Amerika Syarikat (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 578 kes
    • 223 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tinusa dan Kluster Sauh;
    • 210 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 145 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 132 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jambu;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 38 kes
    • 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sofi;
    • Empat (4) kes kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 29 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 23 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Mutiara;
    • Tujuh (7) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 14 kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Umboo; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)