MOBILISASI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DARI SEMENANJUNG KE SABAH

 


Seramai 10 orang Penolong Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah dimobilisasi ke Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah hari ini. 

Pasukan ini akan bertugas di sana selama sebulan.

Mereka merupakan Penolong Pegawai Perubatan dari tiga buah hospital iaitu:

1. Hospital Raja Perempuan Zainab II - 6 orang

2. Hospital Tanah Merah - 2 orang 

3. Hospital Sultan Ismail Petra - 2 orang

Semua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik #COVID19.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)