SIDANG MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN, 11 OKTOBER 2020 | COVID-19

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 133 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,913 kes (69.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 11 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 561 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,587 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 561 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kesadalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari:

  • Indonesia: tiga (3) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • China: dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2 warganegara);
  • Singapura: satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara);
  • Kemboja: satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara); dan
  • Arab Saudi: satu (1) kes dilaporkan di Selangor (1 bukan warganegara).

Daripada 553 kes penularan di dalam negara, 494 kes adalah warganegara Malaysia dan 59 kes adalah bukan warganegara. Daripada 553 kes penularan di dalam negara, 11 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 353 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 488 kes
    • 22 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Surat;
    • 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kasih;
    • 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Khazanah; dan
    • 438 kes daripada lain-lain saringan COVID-19 yang akan diperincikan kemudian.
  • Selangor: 25 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungei Way;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Dua (2) kes daripada saringan individu bergejala: dan
    • Dua (2) kes daripada saringan pra pembedahan.
  • Kedah: 16 kes
    • 15 kes daripada saringan Kluster Tembok; dan
    • Satu (1) saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungei Way;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada saringan kendiri COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan bergejala COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Bundle; dan
    • Satu (1) kes saringan masuk hospital di Hospital Labuan.
  • Johor: Tiga (3) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 157 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)