4 KEMATIAN BAHARU COVID-19 HARI INI SEMUANYA DARI SABAH
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 180 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes kematian | Kes | Negeri | Jantina | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
177 | 11860 | Sabah | Lelaki WN | 78 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik |
178 | 14976 | Sabah | Lelaki WN | 88 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan strok |
179 | 16652 | Sabah | Perempuan WN | 71 | Hospital Tawau | – |
180 | 19209 | Sabah | Lelaki BWN | 53 | Hospital Duchess of Kent | – |
* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA