PERASMIAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2020



YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan ketika hadir merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Sambutan Hari Sungai Sedunia peringkat Kebangsaan dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” dalam suasana norma baharu.

Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi penghargaan kepada YB Menteri Alam Sekitar diatas pemilihan Kelantan sebagai tuan rumah buat julung kalinya.



Dalam ucapan perasmian, Menteri Besar menekankan tiga aspek utama bagi usaha - usaha kelestarian Alam Sekitar merangkumi pembudayaan ilmu dan kesedaran Alam Sekitar, aplikasi dan inovasi teknologi hijau serta pemantapan infrastruktur.

“Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha untuk merancakkan ekonomi negeri dengan pelbagai inisiatif baharu. Namun, kita sedar usaha merancakkan ekonomi harus didasari dengan acuan yang betul termasuk penekanan kepada aspek kelestarian alam sekitar. 

Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan telah mencetuskan beberapa aktiviti ke arah pembangunan seimbang dan mampan serta berusaha menjadi model pembangunan negeri mesra alam sekitar.”

Majlis perasmian tersebut dimulakan dengan ucapan aluan YB Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang mewakili YB Menteri, YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan, YB Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli- ahli Yang Berhormat dan Ketua Setiausaha Kementerian.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)