KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA, 20 OKTOBER 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 634 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 14,351 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Sabah (433 kes);
- Kedah (109 kes);
- Selangor (77 kes);
- Wilayah Persekutuan Labuan (10 kes);
- Negeri Sembilan (2 kes);
- Johor (1 kes);
- Pahang (1 kes); dan
- Terengganu (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 20 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 862 kes baharutelah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,225 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,681 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes (78.1 peratus). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhan, sebanyak 235 kes (27.3 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.
Berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi, Selangor terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster baru setiap hari. Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah itu, 84 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk lapan (8) kes dari kluster-kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.
Ingin dimaklumkan daripada 862 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara iaitu dari negara:
- Mesir (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
- Indonesia (1 kes di Sarawak)
Daripada 860 kes penularan di dalam negara, empat (4) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 452 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 673 kes
- 260 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 243 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kertang; dan
- 168 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 132 kes
- 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 17 kes
- 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
- Perak: Sembilan (9) kes
- Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: Enam (6) kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:Enam (6) kes
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 95 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 193 kes (0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes kematian | Kes No. | Negeri | Jantina | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
191 | 13509 | Sabah | Lelaki WN | 78 | Hospital Tawau | Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung |
192 | 14987 | Sabah | Perempuan WN | 59 | Hospital Tawau | Penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik |
193 | 22036 | Sabah | Perempuan WN | 90 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi dan penyakit jantung |
* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA