SIDANG MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN, 14 OKTOBER | COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 350 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini iaitu jumlah yang tertinggi sejak permulaan pandemik di Malaysia. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 11,372 kes (67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 13 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 660 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,880 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 660 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) bukan warganegara iaitu dari:
- India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan; dan
- Nepal: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daripada 658 kes penularan di dalam negara, 618 kes adalah warganegara Malaysia dan 40 kes adalah bukan warganegara.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 443 kes
- 160 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 70 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada;
- 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak;
- 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bina;
- Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sabindo;
- Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bestari; dan
- 184 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 76 kes
- 45 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada;
- 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Sembilan (9) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Lima (5) kes saringan bergejala;dan
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kenangan.
- Kedah: 60 kes daripada Kluster Tembok.
- Pulau Pinang: 23 kes
- 18 kes daripada Kluster Penjara Reman;
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Seberang Perai (Jawi); dan
- Dua (2) saringan kendiri.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 18 kes
- Sembilan (9) kes saringan petugas kesihatan;
- Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada; dan
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Perak: 16 kes daripada Kluster Tembok.
- Johor: 10 kes
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster aktif sediada; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 9 kes
- Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sediada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Negeri Sembilan: Dua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sedia.
- Pahang: Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.
Sehingga kini, terdapat 101 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 163 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)
SUMBER: KEMENTERIA KESIHATAN MALAYSIA