KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN, 10 OKTOBER 2020 | COVID-19

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 73 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,780kes (71.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 10 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 374 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,096 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,161 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, ianya menunjukkan tren yang hampir sama dengan semalam. Negeri Sabah mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 277 kes (74.1 peratus). Lebih banyak aktiviti saringan terus dijalankan di lapangan, terutama di pelbagai daerah PKPD dan PKPD secara pentadbiran, dan kapasiti ujian terus dipertingkatkan. Negeri Kedah pula mencatatkan 27 kes (7.2 peratus) yang kesemuanya adalah daripada Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara manakala kluster-kluster lain adalah terkawal hasil tindakan kesihatan awam yang telah dijalankan. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 13.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 44 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 374 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kesadalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari Filipina dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara.

Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 343 kes adalah warganegara Malaysia dan 29 kes adalah bukan warganegara. Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 17 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 341 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 277 kes
    • 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 31 kes daripada kluster-kluster sediada;
    • 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Highway; dan
    • 118 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 44 kes
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sediada;
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Manggis;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Utama;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tasik;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Simera; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes daripada Kluster Tembok.
  • Sarawak: 9 kes
    • Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra; dan
    • Satu (1) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 4 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sediada;
    • Satu (1) kes saringan COVID-19 lain.
  • Pulau Pinang: Tiga (3) kes daripada Kluster Penjara Reman.
  • Johor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sediada.

Sehingga kini, terdapat 73 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 155 kes (1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)