JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN MENYERU RAKYAT PATUHI SOP COVID-19
Kami di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin mengingatkan dan menyeru kepada rakyat kelantan khususnya untuk terus mematuhi SOP Norma Baharu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sama-sama kita mengekang penularan jangkitan.
Masyarakat diingatkan supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika berada ditempat awam, kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. Serta mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S.
JKNK menyeru kepada pengembara yang pulang ke Kelantan daripada kawasan berisiko tinggi seperti sabah dan luar negara pada tarikh 26/09 atau dalam tempoh seminggu sebelum tarikh tersebut yang belum menjalani ujian saringan supaya memberi kerjasama kepada pihak JKNK untuk melakukan saringan supaya kita dapat mengekang penularan Covid-19.
Seluruh rakyat Negeri Kelantan diminta untuk mematuhi SOP berkaitan Covid-19 terutama berkaitan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka secara betul. Aktiviti penguatkuasaan bermula hari ini yg diketuai oleh PDRM. Tiada lagi kompromi sesiapa sahaja yang berada ditempat awam tanpa memakai pelitup muka akan terus di kompaun. Kerjasama semua pihak adalah diharapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia amnya dan kelantan khususnya
Bersama kita putuskan jaringan COVID-19.