SIDANG MEDIA KKM, 9 OKTOBER 2020 | COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 188 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,707 kes (72.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 9 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 354 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,722 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,863 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, negeri Sabah mencatat 274 kes (77.4 peratus). Ini susulan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan di lapangan, terutama di tujuh (7) buah daerah PKPD. Negeri Kedah hanya mencatat 10 kes (2.82 peratus) susulan kejayaan kawalan bagi Kluster Tembok di penjara-penjara. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 10.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 24 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 kes.
Ingin dimaklumkan daripada 354 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kesadalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan warganegara Malaysia yang mengembara dari negara:
- India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
- Oman: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 332 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 23 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 324 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 274 kes
- 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 22 kes daripada Kluster Ramai-Ramai;
- 13 kes daripada Kluster Benteng LD;
- Lima (5) kes daripada Kluster Tujuh Serangkai;
- Empat (4) kes daripada Kluster Laut;
- Dua (2) kes daripada Kluster Tanamera;
- Satu (1) kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
- Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Atap; dan
- 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 24 kes
- 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK;
- Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 10 kes
- Tujuh (7) kes daripada Kluster Tembok; dan
- Tiga (3) kes daripada Kluster Bah Sintok.
- Sarawak: 10 kes
- Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 8 kes
- Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada Kluster Bah Puchong;
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes saringan COVID-19 lain.
- Pulau Pinang: Lapan (8) kes
- Tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Reman; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Johor: Lima (5) kes
- Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Terengganu: Lima (5) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sahabat;
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Negeri Sembilan: Empat (4) kes
- Satu (1) kes daripada Kluster Bah Sintok;
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada Kluster Selasih.
- Perak: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lada.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
Sehingga kini, terdapat 68 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA