SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN PKPP, 11 OKTOBER 2020
1.Task Force Operasi Pematuhan
•2,534 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 11,721 anggota telah membuat 49,933 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•3,263 pasar raya, 4,498 restoran serta 1,478 penjaja, 1,686 pasar awam/tani serta 3,043 tempat ibadah dan 1,343 tempat riadah telah diperiksa.
•PDRM telah menahan 674 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP, 583 dikompaun dan 91 direman.
•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:
oAktiviti di pusat hiburan (325)
oTidak memakai pelitup muka (170)
oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (80)
oPenjarakan fizikal (53)
oTangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (22)
oLanggar syarat PKPP (bawa penumpang lebih 2 orang) (7)
oMenyalahguna pas sosial (7)
oPremis beroperasi lebih masa (4)
oKeluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPDB (4)
oPremis beroperasi tanpa lesen sah (2)
2.Kawalan Sempadan Negara
•Op Benteng telah berjaya menahan 80 PATI, serta merampas 1 bot dan 1 kenderaan darat.
•Rejimen Pertama Kor Armor Diraja telah menangkap 23 PATI sekitar kawasan hutan Pantai Pasir Logok, Felda Tenggaroh 12, Ladang Pasir Logok, Kota Tinggi, Johor kerana masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.
•136 Sekatan Jalan Raya Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan:
oPDRM – 109 SJR
oATM – 17 SJR
oAKSEM – 10 SJR
3. Operasi Sanitasi Awam
•KPKT telah melakukan 10,380 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.
•Sebanyak 28 operasi sanitasi meliputi 6 Zon Merah, 8 Zon Kuning dan 8 Zon Hijau di 10 buah negeri iaitu:
oSabah (7 operasi)
oKedah (5 operasi)
oPulau Pinang (4 operasi)
oTerengganu (3 operasi)
oSarawak (3 operasi)
oPerlis (1 operasi)
oMelaka (1 operasi)
oPerak (1 operasi)
oPahang (1 operasi)
oNegeri Sembilan (1 operasi)
oWilayah Persekutuan Putrajaya (1 operasi)
•Operasi melibatkan 137 anggota JBPM serta 196 anggota PBT dan 14 dari agensi-agensi lain.
4. Kuarantin Wajib
•46,247 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•9,700 individu sedang jalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.
•130 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 36,417 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.
5. Berita Palsu
•Sebanyak 270 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM. 133 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 19 mengaku salah, dan 12 diberikan notis amaran. 388 penafian dan penjelasan telah diperjelaskan oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) KKMM
•Anda boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari https://sebenarnya.my/
6. PKPD Taman Khazanah Indah Dan PPR Mutiara Kasih
•Sidang bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih yang akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 13 - 26 Oktober 2020 melibatkan 5,452 penduduk
•Semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:
•Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.
•Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
•Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM
•KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
•Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.
•PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat. Maklumat lanjut dan SOP, rujuk laman sesawang MKN
7. PKPB Kota Belud
•Kerajaan bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kota Belud yang berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020.
•Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan makanan/keperluan.
•Sektor ekonomi berkaitan perkhidmatan perlu (essential service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.
•Pasar borong, pasar malam, pasar tani, kedai barang keperluan, kedai runcit dibenarkan beroperasi.
•Kedai-kedai makan, warung juga boleh dibuka tetapi terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.
•Farmasi dan klinik juga dibenarkan beroperasi.
•Sektor pekerjaan perkhidmatan perlu (essential service), perikanan, perladangan, pertanian dibenarkan.
•Semua sekolah, tadika,institusi pengajian tinggi, masjid dan rumah ibadat ditutup sepanjang tempoh ini.
•Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya tidak dibenarkan
8.SOP
•Semua SOP asas PKPP masih lagi berkuat kuasa dan masih ada tangkapan dibuat terhadap individu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.
•Hampir keseluruhan sektor telah dibuka, namun masih terdapat aktiviti yang masih dalam senarai yang tidak dibenarkan.
•Orang ramai perlu sentiasa mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam, penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer serta sentiasa amalkan norma baharu dan kawalan kendiri untuk kekal selamat.
MENTERI KANAN PERTAHANAN