DUA KLUSTER BAHARU DILAPOR HARI INI


𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗡

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan

ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 6 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah

disaring, di mana:

- 7 kes dikesan positif COVID-19; dan

- 120 individu masih menunggu keputusan.

𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧

Kluster baharu ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17531) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah

mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana:

- 15 kes dikesan positif COVID-19;

- 73 individu negatif; dan

- 1 individu masih menunggu keputusan

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)