SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN PKPP, 13 OKT 2020



1.Task Force Operasi Pematuhan

•3,041 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 14,530 anggota telah membuat 60,527 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

•4,606 pasar raya, 6,007 restoran, 2,007 penjaja, 1,609 pasar awam/tani serta 4,179 tempat riadah dan 1,673 tempat riadah telah diperiksa. 

•PDRM telah menahan 446 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 407 telah dikompaun, 37 direman serta 2 dijamin.

•PDRM telah menahan 446 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 407 telah dikompaun, 37 direman serta 2 dijamin.

•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

oTidak memakai pelitup muka (212)

oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (85)

oPenjarakan fizikal (72)

oPrivate party (32)

oAktiviti perjudian (23)

oLanggar syarat/perintah PKPB (19)

oIngkar perintah kuarantin (2)

oAktiviti di pusat hiburan (1)


2.Kawalan Sempadan Negara

•Op Benteng telah berjaya menahan 84 PATI, 3 tekong serta merampas 10 kenderaan darat.

•Sebanyak 136 SJR Op Benteng dilakukan diseluruh negara melibatkan:

oPDRM – 109 SJR

oATM    –  17 SJR

oAKSEM – 10 SJR

•Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian  011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.


3.Operasi Sanitasi Awam 

•KPKT telah melakukan 10,419 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.

•Semalam, sebanyak 18 operasi sanitasi meliputi 4 Zon Merah, 7 Zon Kuning dan 3 Zon Hijau di 7 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan iaitu:

oSabah (5 operasi)

oPulau Pinang (4 operasi)

oSarawak (3 operasi)

oMelaka (1 operasi)

oTerengganu (1 operasi)

oPerlis (1 operasi)

oKedah (1 operasi)

oWP Kuala Lumpur (1)

oWP Putrajaya (1)

•Operasi ini melibatkan 109 anggota JBPM, 148 PBT dan 4 dari agensi-agensi lain.


4.Kuarantin Wajib

•47,068 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

•9,524 individu sedang jalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

•381 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 37,163 individu dibenarkan pulang ke rumah.

5. PKPD Penjara dan Kuarters Penjara Reman Negeri Pulau Pinang

•Sidang khas hari ini memutuskan untuk melaksanakan PKPD di Penjara Reman Negeri Pulau Pinang dan Kuarters Penjara Reman Negeri Pulau Pinang daerah Timur Laut, Pulau Pinang bermula 15 Oktober 2020.

•Jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 2,830 orang merangkumi 2,306 banduan, 304 staf penjara dan keluarga yang mendiami kuarters dan 220 staf penjara dan keluarga yang tidak mendiami kuarters.

Tindakan–tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut:

•Pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan.

•Pergerakan staf penjara ditentukan berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

•Makanan dan keperluan asas akan disalurkan yang akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Timur Laut.

•Tahanan yang akan dibebaskan semasa tempoh PKPD akan diasingkan daripada tahanan yang lain.

•Sekiranya keputusan ujian negatif, tahanan akan dikuarantin di tempat yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pulau Pinang sebelum dibebaskan.

•Tahanan yang positif akan dirawat di hospital sebagai orang awam selepas tarikh pembebasan mereka.


6.SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI SELANGOR, W.P. KUALA LUMPUR, W.P. PUTRAJAYA 

Antara SOP yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:


i) Kawalan Pergerakan 

-PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

-Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan.

-Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.


ii) Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali;

-Kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

-Pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

-Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

-Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

-Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.


iii) Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB

-Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.

-Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

-Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. 

-Makan di premis makan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

-Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi - 2.00 petang sahaja.

-Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi - 2.00 petang sahaja. 

-Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi - 12.00 tengah hari

-Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang - 10.00 malam.

-Operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA. 

-Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi - 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)

-Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi. 

-Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi - 12.00 tengah malam.

-Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.


iv) Perubatan dan Kesihatan 

-Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

-Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi - 11.00 malam.


v) Sektor Ekonomi Dan Industri 

-Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

-Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.


vi) Perikanan, Perladangan dan Pertanian

-Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.


vii) Pelabuhan dan Lapangan Terbang 

-Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.


viii) Aktiviti Keagamaan

-Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.

-Pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

-Cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan.

-Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama  Negeri Selangor dalam masa terdekat.


ix)Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya

-Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. 

-Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.


x) Aktiviti Sukan 

-Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah dibenarkan. 

-Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan tidak dibenarkan.

-Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri tidak dibenarkan.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)