HOSPITAL MEDAN DI TAWAU HAMPIR SIAP
Hospital Medan Tawau kini dalam fasa terakhir penyediaan dan dijangka beroperasi pada 20 Oktober 2020. Terletak di dalam Dewan Kompleks Sukan Tawau, 5.8km dari Hospital Tawau, hospital ini disediakan untuk rawatan pesakit bukan COVID-19 yang merangkumi perkhidmatan perubatan am, pembedahan am, obstetrik & ginekologi, ortopedik dan perubatan kanak-kanak dari Hospital Tawau.
Dengan inisiatif ini, Hospital Tawau boleh memberi tumpuan kepada rawatan pesakit COVID-19 yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 -5). Sebagai permulaan, hospital ini mempunyai kapasiti 100 katil dan dilengkapi dengan unit rawatan rapi dan dewan pembedahan.
KKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan KKM yang terlibat serta pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain yang telah bertungkus lumus dari awal perbincangan dan pelaksanaan Hospital Medan Tawau. Kelak ia akan mula beroperasi.