KLUSTER BAHARU: KLUSTER KERTANG
Terdapat 1 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud.
Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif
COVID-19. Sehingga 20 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana:
- 21 kes dikesan positif COVID-19; dan
- 195 individu negatif.
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA