TIGA KEMATIAN BAHARU COVID-19 DI MALAYSIA HARI INI
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 170 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes kematian | Kes | Negeri | Jantina | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
168 | 12170 | Sabah | Perempuan WN | 54 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kelenjar tiroid |
169 | 15303 | Sabah | Lelaki BWN | 68 | Hospital Tawau | Penyakit kencing manis |
170 | 13844 | Sabah | Perempuan BWN | 100 | Hospital Duchess of Kent | – |
* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.