SIDANG MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA, 28 OKTOBER - COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 573 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 19,072 kes (64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Sabah (294 kes);
- Selangor (116 kes);
- Kedah (116 kes);
- Perak (23 kes);
- Pulau Pinang (18 kes);
- Melaka (4 kes);
- Pahang (1 kes); dan
- Johor (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 546 kes (68.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 103 kes (12.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 649 kes (81 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Untuk makluman, sebanyak 62 kes (7.7 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara turut dilaporkan pada hari ini.
Secara keseluruhannya, sehingga 28 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 801 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 29,441 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,123 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 801 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:
- Iran (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
- Arab Saudi (1 kes di Selangor).
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 546 kes
- 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Gaya;
- 271 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 186 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 88 kes
- 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Labuan : 29 kes
- 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah : 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Sarawak : 27 kes
- 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Greenhill; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan : 24 kes
- 10 kes daripada kluster sedia ada;
- 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 19 kes
- 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 13 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Idaman;
- Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 11 kes daripada kluster sedia ada.
- Johor : Lapan (8) kes
- Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayu; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak : Enam (6) kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA