KENYATAAN AKHBAR KKM,5 OKT 2020 - COVID-19

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 57 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,340kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 5 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 432 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,813 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,336 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kesadalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara mengembara dari negara:

  • India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan warganegara;
  • Kuwait: Satu (1) kes dilaporkan di Sarawak yang merupakan warganegara; dan
  • Myanmar: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan bukan warganegara.

Daripada 429 kes penularan di dalam negara, 409 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 429 kes tersebut juga, sebanyak 224 kes adalah merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah29 kespula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 235 kes. 

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 130 kes
    • 57 kes saringan bergejala yang melibatkan 54 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
    • 39 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 38 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • 16 kes saringan kontak rapat yang melibatkan 11 warganegara dan lima (5) bukan warganegara;
    • Enam (6) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan lima (5) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes saringan tempat kerja yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI)yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes pra pembedahan yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 241 kes 
    • 224 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 215 warganegara dan sembilan (9) bukan warganegara;
    • 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sintok yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 34 kes
    • 17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Sembilan (9) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; 
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Seri Anggerik yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK yang melibatkan warganegara; 
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara; 
    • Satu (1) kes bergejala yang melibatkan warganegara; 
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan sign off kapal yang melibatkan bukan warganegara.
  • Terengganu: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Tanjung yang melibatkan warganegara; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-12082 yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lima (5) kes
    • Dua (2) kes daripada Kluster Seri Setia yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Johor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara.
  • Perak: Dua (2) kes 
    • Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) saringan kemasukan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 32 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lapan (8) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 137 kes (1.07 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)