COVID-19 DAN KLUSTER DI KELANTAN, 3 DISEMBER 2020
SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 3 DISEMBER 2020, 12.00 p.m.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 11 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 291 kes.
Negeri Kelantan telah merekodkan kes harian baharu sebanyak sembilan (9) kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 381 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import B yang mendapat jangkitan dari luar negeri Kelantan manakala penularan COVID-19 dalam negeri Kelantan pula adalah tujuh (7) kes.
Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk enam (6) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dukacita dimaklumkan terdapat satu(1) kes kematian dilaporkan pada hari. JKNK mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Pada hari ini, terdapat tujuh (7) pertambahan kes daripada kluster sedia ada iaitu:
5 kes daripada Kluster Chengal
1 kes daripada Kluster Hilir
1 kes daripada Kluster Mengketil
JKNK ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu.
SUMBER & GRAFIK : JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN