KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA PADA 13 DISEMBER 2020

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,309 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 69,393 kes (83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 13 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,229 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 83,475 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,667 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,227 kes.

Negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 kes (35.4 peratus daripada keseluruhan kesdi mana 344 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 333 kes (27.1 peratus daripada keseluruhan kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 131 kes (10.7 peratus daripada keseluruhan kes).

Sebanyak 200 kes (16.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Rumah Merah (78 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (12 kes), Kluster Bakti (3 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster PTS Sibuga (1 kes),   Kluster Matambai (1 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes)..

Perincian 1,229 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 435 kes 
    • 228 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Suria (20 kes) dan Kluster Lestari (14 kes);
    • 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 333 kes 
    • 166 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 103 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 131 kes  
    • 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 105 kes
    • 100 kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 103 kes
    • 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Desa Idaman;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 29 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Rimbun;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 28 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kuala; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang: 26 kes 
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 13 kes daripada  kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu: 12 kes
    • 10 kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hujung Pasir;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • PerlisSatu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Sehingga kini, terdapat 115 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)