SITUASI COVID-19 DAN LAPORAN KLUSTER DI KELANTAN PADA 9 DISEMBER 2020

 


SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 9 DISEMBER 2020.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak LIMA (5) kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 348 kes.

Negeri Kelantan telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 17 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 460 kes.

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk tujuh (7) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah empat (4) kes.

Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Kelantan sehingga 9 Disember 2020, 12.00 tengahari.

Pada hari ini, terdapat pertambahan kes daripada kluster sedia ada iaitu:

1 Kes dari Kluster Huma.

1 Kes dari Kluster Mengketil

Kekal Patuhi S.O.P Norma Baharu.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)