SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 28 DISEMBER 2020
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini lapan (8) kes sembuh (discaj) COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 485 kes.
Sehingga kini, terdapat 142 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk empat (4) kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.
Pada hari ini, sebanyak 28 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu 26 kes tempatan dan 2 kes Import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 634 kes.
Ringkasan Kes Baharu mengikut Daerah:
16 kes baharu di Daerah Kota Bharu
8 kes baharu di Daerah Pasir Mas
2 kes baharu di Daerah Pasir Puteh
1 kes baharu di Daerah Tumpat
1 kes baharu di Daerah Kuala Krai
RINGKASAN:
Kes Harian Baharu: 28 KES
Jumlah Kes Keseluruhan: 634 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Baharu: 8 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Keseluruhan: 485 KES
Jumlah Kes Dalam Rawatan : 142 KES
Bilangan Kes di ICU: 4 KES
Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 166 KES
Jumlah Kematian Baharu : 0 KES
Jumlah Kematian: 6 KES
JKNK ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu.