SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 29 DISEMBER 2020
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini empat (4) kes sembuh (discaj) COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 489 kes.
Sehingga kini, terdapat 168 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk tiga (3) kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
SATU (1) kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah tujuh (7) kes. JKNK mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Pada hari ini, sebanyak 31 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu 30 kes tempatan dan 1 kes Import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 665 kes.
Ringkasan Kes Baharu mengikut Daerah:
24 kes baharu di Daerah Kota Bharu
3 kes baharu di Daerah Bachok
3 kes baharu di Daerah Tumpat
1 kes baharu di Daerah Machang
RINGKASAN:
Kes Harian Baharu: 31 KES
Jumlah Kes Keseluruhan: 665 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Baharu: 4 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Keseluruhan: 489 KES
Jumlah Kes Dalam Rawatan : 168 KES
Bilangan Kes di ICU: 3 KES
Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 194 KES
Jumlah Kematian Baharu : 1 KES
Jumlah Kematian: 7 KES