TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 15 DISEMBER 2020
KEMASKINI SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 15 DISEMBER 2020.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 21 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 414 kes.
Pada hari ini, TIGA (3) kes harian baharu direkodkan di Negeri Kelantan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 471 kes.
- Kes ke-469 (Mukim Kota, Kota Bharu) merupakan Kontak Rapat Kes Sah ke-463.
- Kes ke-470 (Mukim Panji, Kota Bharu) merupakan Saringan Survelan COVID-19 (Klinikal COVID-19).
- Kes ke-471 (Mukim Bandar Kota Bharu, Kota Bharu) merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Selangor) dan dikategorikan sebagai kes import B.
Sehingga kini, terdapat 51 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk tiga (3) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Tiada kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah lima (5) kes.
BILANGAN KES TAMAT TEMPOH 14 HARI*: 10 kes
1 Kes di Mukim Rantau Panjang, Pasir Mas
2 Kes di Mukim Ulu Kusial, Tanah Merah
2 Kes di Mukim Kusial, Tanah Merah
2 Kes di Mukim Peringat, Kota Bharu
2 Kes di Mukim Kota, Kota Bharu
1 Kes di Mukim Bandar Kota Bharu, Kota Bharu
*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif
BILANGAN ZON MERAH (41 kes aktif atau lebih): 1 Daerah
Pasir Puteh (71 kes tempatan)
TIADA ZON JINGGA (21 hingga 40 kes).
BILANGAN ZON KUNING (1 hingga 20 kes aktif): 5 Daerah
Kota Bharu (15 kes tempatan)
Tanah Merah (1 kes tempatan)
Pasir Mas (1 kes tempatan)
Bachok (2 kes tempatan)
Tumpat (1 kes tempatan)
BILANGAN ZON HIJAU (tiada kes tempatan aktif): 4 Daerah
Gua Musang
Jeli
Kuala Krai
Machang
JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 10 Kes Import B (Merentasi Negeri)
Saringan Berisiko Dari Selangor (4 kes)
Saringan Berisiko Dari Sabah (1 kes)
Saringan Berisiko Dari Labuan (1 kes)
Kontak Rapat Kes Sah Dari Johor (2 kes)
Kontak Rapat Kes Sah Dari Pulau Pinang (1 Kes)
Kontak Rapat Kes Sah Dari Selangor (1 Kes)
*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon
RINGKASAN:
Jumlah Kes Keseluruhan: 471 KES
Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 101 KES
Jumlah Kes Tamat Tempoh 14 Hari: 370 KES
Jumlah Kematian: 5 KES
JKNK ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu.
SUMBER: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan