NOTIS PENUTUPAN JALAN KOTA BHARU/KUALA TERENGGANU FT003/SEK.692

 





NOTIS PENUTUPAN JALAN KOTA BHARU/KUALA TERENGGANU FT003/SEK.692, KOTA BHARU, KELANTAN. (HADAPAN SK PADANG KALA)

Untuk makluman tuan/puan, pihak kami akan menjalankan kerja-kerja 'Launching Beam" Jejantas Pejalan Kaki SK Padang Kala di Laluan FT003/SEK.692, Jajahan Kota Bharu Kelantan. Sebagaimana Akta Pengakutan Jalan 1987 yang diperuntukkan di bawah Seksyen 70(3) jalan tersebut akan ditutup sementara kerja-kerja pembaikan tersebut akan dilaksanakan sepertimana berikut:

Tarikh : 10 Disember 2020

Masa : 2.00 pagi sehingga 4.00 pagi

Jalan yang ditutup : Kota Bharu/Kuala Terengganu FT003/SEK.692, Kota Bharu (Hadapan SK Padang Kala).

Kami berharap agar semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan. 

Berikut dilampirkan bersama Borang 2 dan Peta Laluan untuk perhatian tuan/puan. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengam Pengurus Projek En. Mohd Fairuz Bin Saidi di talian 016-9564228 atau Penyelia Tapak En. Azuwa Nizam Bin Mohd Adli di talian 013-4888034.

Sekian, terima kasih.

SUMBER: JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi





Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)