TERKINI COVID-19 DI KELANTAN PADA 17 DIS 2020

 


SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 17 DISEMBER 2020, 12.00 p.m.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh (discaj) COVID-19 adalah sebanyak 14 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 435 kes.

Sehingga kini, terdapat 41 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk satu (1) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.

Pada hari ini, SEPULUH (10) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 482 kes.

- Dua (2) Kes didaftarkan di Mukim Pulai Chondong, Machang (Kes ke-473 & 474). Kes-kes ini merupakan Kontak Rapat Kes Sah ke-470.

- Lima (5) Kes didaftarkan di Mukim Panji, Kota Bharu (Kes ke-475 hingga 479). Kes-kes ini merupakan Kontak Rapat Kes Sah ke-470.

- Tiga (3) Kes didaftarkan di Mukim Bukit Awang, Pasir Puteh (Kes ke-480 hingga 482). Kes-kes ini merupakan Kontak Rapat Kluster Huma.



RINGKASAN KES BAHARU:

5 kes di Kota Bharu (Kontak Rapat Kes Sah)

3 kes di Pasir Puteh (Kluster Huma)

2 kes di Machang (Kontak Rapat Kes Sah)

BILANGAN KES TAMAT TEMPOH 14 HARI*: 9 kes

5 Kes di Mukim Salor, Kota Bharu

2 Kes di Mukim Semerak, Pasir Puteh

1 Kes di Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu

1 Kes di Mukim Ulu Kusial, Tanah Merah

*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif

BILANGAN ZON MERAH (41 kes aktif atau lebih): 1 Daerah

 Pasir Puteh (74 kes tempatan)

BILANGAN ZON JINGGA (21 hingga 40 kes): Tiada

BILANGAN ZON KUNING (1 hingga 20 kes aktif): 5 Daerah

Kota Bharu (12 kes tempatan)

Bachok (2 kes tempatan)

Machang (2 kes tempatan)

Pasir Mas (1 kes tempatan)

Tumpat (1 kes tempatan)

BILANGAN ZON HIJAU (tiada kes tempatan aktif): 4 Daerah

 Gua Musang

 Jeli

 Kuala Krai

 Tanah Merah

JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 9 Kes Import B (Merentasi Negeri)

Saringan Berisiko Dari Selangor (5 kes)

Saringan Berisiko Dari Sabah (1 kes)

Saringan Berisiko Dari Labuan (1 kes)

Kontak Rapat Kes Sah Dari P. Pinang (1 Kes)

Kontak Rapat Kes Sah Dari Selangor (1 Kes)

*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon

SUMBER: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 

#COVID19Malaysia  #Covid19Kelantan #PatuhiSOP  #kitajagakita

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)