SITUASI COVID-19 DAN KLUSTER DI KELANTAN, 7 DIS 2020
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 12 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 328 kes.
Negeri Kelantan telah merekodkan kes harian baharu sebanyak TIGA (3) kes dan kesemuanya adalah penularan COVID-19 dalam negeri. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 441 kes.
Sehingga kini, terdapat 109 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk tujuh (7) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah empat (4) kes.
Pada hari ini, terdapat pertambahan kes daripada kluster sedia ada iaitu:
2 Kes dari Kluster Huma.
1 Kes dari Kluster Hilir
Kekal Patuhi S.O.P Norma Baharu.