KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA, 19 DISEMBER 2020

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 998 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 76,242 kes (82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

Pada hari ini, 19 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,153 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 91,969 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 15,294 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,151 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (34.8 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 281 kes (24.4 peratus)dan Sabah yang melaporkan sebanyak 199 kes (17.3 peratus).

Sebanyak 176 kes (15.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes) dan Kluster Tembok (80 kes). 

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti.

BILANGAN KES COVID-19 

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH19934,282
SELANGOR40124,024
W.P. KUALA LUMPUR281 (2)9,904
NEGERI SEMBILAN186,876
JOHOR752,987
PULAU PINANG 302,930
KEDAH132,882
PERAK822,857
W.P. LABUAN 191,514
SARAWAK21,087
PAHANG 16877
MELAKA3694
KELANTAN10493
TERENGGANU0285
W.P. PUTRAJAYA4232
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN1,153 (2)91,969

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Sehingga kini, terdapat 112 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu (1) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 433 kes (0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
43375991Pulau PinangPerempuan (WN)76Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)