TABURAN KES COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 22 DISEMBER 2020.

 


Pada hari ini, sebanyak EMPAT (4) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 504 kes.

Perincian kes-kes positif baharu adalah seperti berikut:

Dua (2) Kes didaftarkan di Mukim Panji, Kota Bharu (Kes ke-501 & 502). Kes-kes ini merupakan Kontak Rapat Kes Sah dari Kluster Long Panji dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Kemumin, Kota Bharu (Kes ke-503). Kes ini merupakan Saringan Survelan COVID-19 (Klinikal COVID-19) dan dirawat di Hospital Tumpat.

Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu (Kes ke-504). Kes ini merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan dikategorikan sebagai kes import B. Kes ini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.



RINGKASAN KES BAHARU:

2 kes Kontak Rapat Kluster Long Panji

1 kes Saringan Survelan COVID-19 (Klinikal COVID-19)

1 kes Saringan Berisiko Luar Negeri (Import B)

BILANGAN KES TAMAT TEMPOH PEMANTAUAN 14 HARI*: 2 kes

1 Kes Tempatan di Mukim Melawi, Bachok

1 Kes Import B di Mukim Terbak, Tumpat

*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif

BILANGAN ZON MERAH: Tiada

BILANGAN ZON JINGGA: 1 Daerah

Kota Bharu (24 kes tempatan)

BILANGAN ZON KUNING : 6 Daerah

Pasir Puteh (16 kes tempatan)

Jeli (3 kes tempatan)

Machang (2 kes tempatan)

Pasir Mas (2 kes tempatan)

Tumpat (1 kes tempatan)

Bachok (1 kes tempatan)

BILANGAN ZON HIJAU : 3 Daerah

Gua Musang

Kuala Krai

Tanah Merah

JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 12 Kes Import B (Merentasi Negeri)

Saringan Berisiko dari Selangor (5 kes)

Saringan Berisiko dari W.P. K. Lumpur (2 kes)

Saringan Berisiko dari Sabah (1 kes)

Saringan Berisiko dari W.P. Labuan (1 kes)

Saringan Berisiko dari Perak (1 kes)

Kontak Rapat Kes Sah dari P. Pinang (1 Kes)

Kontak Rapat Kes Sah dari Selangor (1 Kes)

*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon

RINGKASAN:

Kes Harian Baharu: 4 KES

Jumlah Kes Keseluruhan: 504 KES

Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 61 KES

Jumlah Kes Tamat Tempoh 14 Hari: 443 KES

Jumlah Kematian: 6 KES.

SUMBER: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)