KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA PADA 9 DISEMBER 2020

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,068 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 65,124 kes (85.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 9 Disember 2020, negara telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 959 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 76,265 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,748 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 953 kes.

Negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 277 kes (28.9 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 203 kes (21.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 129 kes (13.5 peratus).

Sebanyak 27 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (23 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes).

Perincian 959 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 277 kes 
    • 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 122 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 203 kes 
    • 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kupi-Kupi;
    • 106 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 129 kes  
    • 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Ikon Bintang;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pahang: 119 kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor: 100 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bandar Impian;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 33 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kemang;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 33 kes
    • 29 kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 29 kes 
    • 16  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 17 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 16 kes
    • 11 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)