KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA PADA 17 DIS 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,297 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 74,030 kes (83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pada hari ini, 17 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,220 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 89,133 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,671 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.
Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes (30.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 247 kes (67.1 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes (24.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 184 kes (15.1 peratus).
Sebanyak 135 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).
Perincian 1,220 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Disember 2020 adalah seperti berikut:
- Selangor: 368 kes
- 94 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 153 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 297 kes
- 235 kes daripada kluster-kluster, termasuk 62 kes daripda kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rusa dan Kluster Tapak Bina Pasifik;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 184 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Maringkan;
- 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 98 kes daripada kluster sedia ada.
- Pulau Pinang: 80 kes
- 53 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 67 kes
- 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 41 kes
- 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 33 kes
- 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 16 kes
- Lima (5) kes daripada kluster sedia-ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 10 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Kedah: Sembilan (9) kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: Sembilan (9) kes
- Enam (6) kes import dari luar negara; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA