SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN PKPP PADA 18 DISEMBER 2020

 


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 18 Disember 2020

Task Force Operasi Pematuhan

2,916 Pasukan Pematuhan daripada 13,275 anggota telah melakukan 49,599 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

Sebanyak 6,012 pasar raya, 5,245 restoran, 1,245 kilang, 1,673 pasar awam/tani, 3,112 tempat ibadah serta 1,345 tempat riadah telah diperiksa.

Semalam, PDRM juga telah menahan 170 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikompaun.

Kawalan Sempadan Negara

Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 34 PATI dalam operasi yang diadakan di seluruh negara

Sebanyak 118 SJR Op Benteng  dilaksanakan seperti berikut:

Op Benteng/Penawar  (PDRM, ATM dan RELA) - 47 SJR

Op Benteng PDRM - 62 SJR

Op Benteng AKSEM - 9 SJR

Operasi Sanitasi Awam 

Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 12,794 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.

Semalam, sebanyak 47 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 13 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan

Ops melibatkan 311 anggota dan 47 jentera JBPM serta 225 anggota PBT

Kuarantin Wajib

Seramai 88,130 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Semalam, seramai 684 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

Negeri Kedah

Penamatan PKPB Daerah Kulim Kedah pada 20 Disember 2020

Penamatan PKPD Taman-Taman Perumahan dalam Mukim Sg. Seluang pada 20 Disember 2020 melibatkan

Taman Bayam 

Taman Bayam Indah 

Taman Kangkong 1 dan 2 

Taman Halia

Taman Cekur Manis

Taman Kobis

Taman Seri Limau

Pulau Pinang

Pelanjutan PKPB Mukim 12, Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut sehingga 31 Disember 2020

Pelanjutan PKPD Persiaran Paya Terubong (Relau), Mukim 13, Timur Laut  &  PKPD Kawasan Flat Desa Bistari Blok A & B, Batu Uban, Mukim 13, Timur Laut sehingga 31 Disember 2020

Negeri Perak

Pelanjutan PKPB di Kawasan Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta sehingga 31 Disember 2020 

Penamatan PKPB di Mukim Changkat Jong pada 20 Disember 2020

Penamatan PKPD Asrama Kilang Yamaha, Ipoh, Perak pada 20 Disember 2020

Pelanjutan PKPD Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Kakitangan Daerah Hilir Perak bermula 20 sehingga 31 Disember 2020.

Negeri Kelantan

Penamatan PKPB di Mukim Kubang Kerian dan Mukim Kusial pada 20 Disember 2020

Penamatan PKPD Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kg. Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh pada 20 Disember 2020

Negeri Selangor 

Pelanjutan PKPB di seluruh negeri Selangor bermula 21 sehingga 31 Disember 2020 kecuali di Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang dikenakan PKPP

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pelanjutan PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 21 sehingga 31 Disember 2020.

Negeri Sembilan 

Pelanjutan PKPB Daerah Seremban Dan Port Dickson bermula 21 sehingga 31 Disember 2020.

Pelanjutan PKPD Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban  bermula 22 sehingga 31 Disember 2020.

Negeri Johor

Pelanjutan PKPB di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai bermula 21 sehingga 31 Disember 2020 

Penamatan PKPB di Kota Tinggi, Johor pada 20 Disember 2020

Pelaksanaan PKPD Penjara Kluang Dan Kuarters Penjara Kluang bermula 19 Disember 2020 sehingga 31 Disember 2020

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)