SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 19 DISEMBER 2020
SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 19 DISEMBER 2020, 12.00 p.m.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh (discaj) COVID-19 adalah sebanyak 20 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 458 kes.
Sehingga kini, terdapat 29 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk satu (1) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.
SATU (1) KLUSTER BAHARU DIISYTIHAR PADA HARI INI IAITU KLUSTER LONG PANJI.
Pada hari ini, sebanyak SEPULUH (10) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu tujuh (7) kes di Kota Bharu dan tiga (3) kes di Jeli. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 493 kes.
Perincian kes-kes positif baharu adalah seperti berikut:
- Dua (2) Kes didaftarkan di Mukim Banggu, Kota Bharu (Kes ke-484 & 485). Kes-kes ini merupakan Saringan Kontak Rapat Kes ke-472.
- Tiga (3) Kes didaftarkan di Mukim Panji, Kota Bharu (Kes ke-486, 487 & 488). Kes-kes ini merupakan Saringan Kontak Rapat Kluster Long Panji.
- Tiga (3) Kes didaftarkan di Mukim Batu Melintang, Jeli (Kes ke-489, 490 & 491). Kes-kes ini merupakan Saringan Kontak Rapat Kes ke-483.
- Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Kemumin, Kota Bharu (Kes ke-492). Kes ini merupakan Saringan Survelan Klinikal COVID-19.
- Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Pendek, Kota Bharu (Kes ke-493). Kes ini merupakan Saringan Seafarer (Pelaut) semasa Sign-Off.
RINGKASAN KES BAHARU:
8 Kes Saringan Kontak Rapat
1 Kes Survelan COVID-19 (Klinikal COVID-19)
1 Kes Saringan Sign-Off Seafarer
BILANGAN KES TAMAT TEMPOH 14 HARI*: 35 kes
35 Kes di Mukim Bukit Awang, Pasir Puteh
*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif
BILANGAN ZON MERAH: Tiada
BILANGAN ZON JINGGA: Tiada
BILANGAN ZON KUNING : 7 Daerah
Pasir Puteh (20 kes tempatan)
Kota Bharu (18 kes tempatan)
Jeli (3 kes tempatan)
Bachok (2 kes tempatan)
Machang (2 kes tempatan)
Pasir Mas (1 kes tempatan)
Tumpat (1 kes tempatan)
BILANGAN ZON HIJAU : 3 Daerah
Gua Musang
Kuala Krai
Tanah Merah
JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 10 Kes Import B (Merentasi Negeri)
Saringan Berisiko dari Selangor (5 kes)
Saringan Berisiko dari Sabah (1 kes)
Saringan Berisiko dari W.P. Labuan (1 kes)
Saringan Berisiko dari W.P. Kuala Lumpur (1 kes)
Kontak Rapat Kes Sah dari Pulau Pinang (1 Kes)
Kontak Rapat Kes Sah dari Selangor (1 Kes)
*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon
SUMBER: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#COVID19Malaysia #Covid19Kelantan #klusterlongpanji #kitajagakita #PatuhiSOP