TERKINI COVID-19 DI KELANTAN PADA 13 DISEMBER 2020
KEMASKINI SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 13 DISEMBER 2020, 12.00 p.m.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 12 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 370 kes.
Pada hari ini, TIADA kes harian baharu direkodkan di Negeri Kelantan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan kekal sebanyak 466 kes.
Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk empat (4) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Terdapat SATU (1) kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah lima (5) kes.
BILANGAN KES TAMAT TEMPOH 14 HARI*: 6 kes
6 Kes di Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu
*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif
BILANGAN ZON MERAH (41 kes aktif atau lebih): 1 Daerah
Pasir Puteh (71 kes tempatan)
TIADA ZON JINGGA (21 hingga 40 kes).
BILANGAN ZON KUNING (1 hingga 20 kes aktif): 5 Daerah
Kota Bharu (17 kes tempatan)
Tanah Merah (5 kes tempatan)
Pasir Mas (3 kes tempatan)
Bachok (2 kes tempatan)
Tumpat (1 kes tempatan)
BILANGAN ZON HIJAU (tiada kes tempatan aktif): 4 Daerah
Gua Musang
Jeli
Kuala Krai
Machang
JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 8 Kes Import B (Merentasi Negeri)
Saringan Berisiko Dari Selangor (2 kes)
Saringan Berisiko Dari Sabah (1 kes)
Saringan Berisiko Dari Labuan (1 kes)
Kontak Rapat Kes Sah Dari Johor (2 kes)
Kontak Rapat Kes Sah Dari Pulau Pinang (1 Kes)
Kontak Rapat Kes Sah Dari Selangor (1 Kes)
*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon
RINGKASAN:
Jumlah Kes Keseluruhan: 466 KES
Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 107 KES
Jumlah Kes Tamat Tempoh 14 Hari: 359 KES
Jumlah Kematian: 5 KES
SUMBER: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#covid19malaysia #Covid19Kelantan #kitajagakita #PatuhiSOP #klusterhuma