SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 20 DIS 2020

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh (discaj) COVID-19 adalah sebanyak satu (1) kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 459 kes.

Sehingga kini, terdapat 29 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk satu (1) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.

Pada hari ini, sebanyak SATU (1) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu di Daerah Pasir Mas. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 494 kes.

Perincian kes positif baharu adalah seperti berikut:

Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Pasir Mas, Pasir Mas (Kes ke-494). Kes ini merupakan Kontak Rapat Kes Sah dari Selangor.

BILANGAN KES TAMAT TEMPOH 14 HARI*: 2 kes

2 Kes di Mukim Bukit Awang, Pasir Puteh

*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif

BILANGAN ZON MERAH: Tiada

BILANGAN ZON JINGGA: Tiada

BILANGAN ZON KUNING : 7 Daerah

Pasir Puteh (18 kes tempatan)

Kota Bharu (18 kes tempatan)

Jeli (3 kes tempatan)

Bachok (2 kes tempatan)

Machang (2 kes tempatan)

Pasir Mas (2 kes tempatan)

Tumpat (1 kes tempatan)

BILANGAN ZON HIJAU : 3 Daerah

Gua Musang

Kuala Krai

Tanah Merah

JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 10 Kes Import B (Merentasi Negeri)

Saringan Berisiko dari Selangor (5 kes)

Saringan Berisiko dari Sabah (1 kes)

Saringan Berisiko dari W.P. Labuan (1 kes)

Saringan Berisiko dari W.P. K. Lumpur (1 kes)

Kontak Rapat Kes Sah dari P. Pinang (1 Kes)

Kontak Rapat Kes Sah dari Selangor (1 Kes)

*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)