SITUASI TERKINI COVID-19 DI KELANTAN, 22 DIS 2020
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh (discaj) COVID-19 adalah sebanyak satu (1) kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 462 kes.
Sehingga kini, terdapat 36 kes positif COVID-19 dirawat di wad. Tiada kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.
Pada hari ini, sebanyak EMPAT (4) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu di Daerah Kota Bharu. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 504 kes.
RINGKASAN:
Kes Harian Baharu: 4 KES
Jumlah Kes Keseluruhan: 504 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Baharu: 1 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Keseluruhan: 462 KES
Jumlah Kes Dalam Rawatan : 36 KES
Bilangan Kes di ICU: 0 KES
Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 61 KES
Jumlah Kematian: 6 KES
JKNK ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu.
SUMBER: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#kitajagakita #Covid19Kelantan #COVID19 #COVID19Malaysia #PatuhiSOP #PKPP #covid_19