TERKINI COVID-19 DI KELANTAN
SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 27 DISEMBER 2020.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini enam (6) kes sembuh (discaj) COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 477 kes.
Sehingga kini, terdapat 122 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk tiga (3) kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.
Pada hari ini, sebanyak 31 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu 29 kes tempatan dan 2 kes Import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 606 kes.
Ringkasan Kes Baharu mengikut Daerah:
29 kes baharu di Daerah Kota Bharu
1 kes baharu di Daerah Bachok
1 kes baharu di Daerah Tanah Merah
RINGKASAN:
Kes Harian Baharu: 31 KES
Jumlah Kes Keseluruhan: 606 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Baharu: 6 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Keseluruhan: 477 KES
Jumlah Kes Dalam Rawatan : 122 KES
Bilangan Kes di ICU: 3 KES
Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 140 KES
Jumlah Kematian Baharu : 0 KES
Jumlah Kematian: 6 KES