KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN PADA 7 DISEMBER 2020
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 7 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,600 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 74,294 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,604 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,597 kes.
Negeri Sembilan melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 541 kes (33.8 peratus), diikuti oleh negeri Selangor 426 kes (26.6 peratus) dan Sabah 248 kes (15.5 peratus). Lonjakan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes (92.4 peratus) daripada jumlah kes keseluruhan di negeri tersebut. Kes-kes ini adalah terasing di dalam kawasan penjara.
Secara keseluruhan, 584 kes (36.5 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan dengan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (500 kes), Kluster Tembok (49 kes), Kluster PTS Sibuga (17 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes), Kluster Matambai (7 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster GK Tawau (1 kes).
Perincian 1,600 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Disember 2020 adalah seperti berikut:
- Negeri Sembilan: 541 kes
- 521 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 426 kes
- 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Malawati;
- 99 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 276 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 248 kes
- 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 124 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 148 kes
- 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Awan Lembah;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 98 kes
- 75 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 55 kes
- 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 54 kes
- 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 18 kes
- 12 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Sarawak: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes import dari luar negara.
- Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Melaka: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.