STATUS TERKINI COVID-19 DI KELANTAN PADA 18 DISEMBER 2020

 


Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh (discaj) COVID-19 adalah sebanyak tiga (3) kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 438 kes.

Sehingga kini, terdapat 39 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk satu (1) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.

Pada hari ini, SATU (1) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 483 kes.

- Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Batu Melintang, Jeli (Kes ke-483). Kes ini merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan dikategorikan sebagai Kes Import B. Kes ini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.


BILANGAN KES TAMAT TEMPOH 14 HARI*: 20 kes

1 Kes di Mukim Kemumin, Kota Bharu

19 Kes di Mukim Bukit Awang, Pasir Puteh

*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif

BILANGAN ZON MERAH (41 kes aktif atau lebih): 1 Daerah

Pasir Puteh (55 kes tempatan)

BILANGAN ZON JINGGA (21 hingga 40 kes): Tiada

BILANGAN ZON KUNING (1 hingga 20 kes aktif): 5 Daerah

Kota Bharu (11 kes tempatan)

Bachok (2 kes tempatan)

Machang (2 kes tempatan)

Pasir Mas (1 kes tempatan)

Tumpat (1 kes tempatan)

BILANGAN ZON HIJAU (tiada kes tempatan aktif): 4 Daerah

Gua Musang

Jeli

Kuala Krai

Tanah Merah

JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 10 Kes Import B (Merentasi Negeri)

Saringan Berisiko dari Selangor (5 kes)

Saringan Berisiko dari Sabah (1 kes)

Saringan Berisiko dari W.P. Labuan (1 kes)

Saringan Berisiko dari W.P. Kuala Lumpur (1 kes)

Kontak Rapat Kes Sah dari Pulau Pinang (1 Kes)

Kontak Rapat Kes Sah dari Selangor (1 Kes)

*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon

. SUMBER: JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)