TERKINI COVID-19 DI KELANTAN PADA 16 DISEMBER 2020

 


SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 16 DISEMBER 2020.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh (discaj) COVID-19 adalah sebanyak enam (6) kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 421 kes.

Pada hari ini, SATU (1) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 472 kes.

Kes ke-472 (Mukim Banggu, Kota Bharu) merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Selangor) dan dikategorikan sebagai kes import B.




Sehingga kini, terdapat 45 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk satu (1) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

SATU (1) kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.

BILANGAN KES TAMAT TEMPOH 14 HARI*: 2 kes

1 Kes di Mukim Salor, Kota Bharu

1 Kes di Mukim Ketereh, Kota Bharu

*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif

BILANGAN ZON MERAH (41 kes aktif atau lebih): 1 Daerah

Pasir Puteh (71 kes tempatan)

BILANGAN ZON JINGGA (21 hingga 40 kes): Tiada

BILANGAN ZON KUNING (1 hingga 20 kes aktif): 5 Daerah

Kota Bharu (13 kes tempatan)

Bachok (2 kes tempatan)

Tanah Merah (1 kes tempatan)

Pasir Mas (1 kes tempatan)

Tumpat (1 kes tempatan)

BILANGAN ZON HIJAU (tiada kes tempatan aktif): 4 Daerah

Gua Musang

Jeli

Kuala Krai

Machang

JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 11 Kes Import B (Merentasi Negeri)

Saringan Berisiko Dari Selangor (5 kes)

Saringan Berisiko Dari Sabah (1 kes)

Saringan Berisiko Dari Labuan (1 kes)

Kontak Rapat Kes Sah Dari Johor (2 kes)

Kontak Rapat Kes Sah Dari Pulau Pinang (1 Kes)

Kontak Rapat Kes Sah Dari Selangor (1 Kes)

*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon

SUMBER: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 

#COVID19Malaysia #Covid19Kelantan  #kitajagakita #PatuhiSOP

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)