SITUASI TERKINI COVID-19 DI KELANTAN PADA 21 DIS 2020
KEMASKINI SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 21 DISEMBER 2020,
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh (discaj) COVID-19 adalah sebanyak dua (2) kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 461 kes.
Sehingga kini, terdapat 32 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk satu (1) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.
Pada hari ini, sebanyak ENAM (6) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu lima (5) Kes di Daerah Kota Bharu dan satu (1) Kes di Daerah Machang. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 500 kes.
Perincian kes-kes positif baharu adalah seperti berikut:
- Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Panji, Kota Bharu (Kes ke-495). Kes ini merupakan Kontak Rapat Kes Sah dari Kluster Long Panji. Kes disaring positif bagi saringan kedua dan dirawat di Hospital Tumpat.
- Tiga (3) Kes didaftarkan di Mukim Kemumin, Kota Bharu (Kes ke-496, 497 & 498). Kes-kes ini merupakan Kontak Rapat Kes Sah ke-492. Kes ke-496 dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu manakala Kes ke-497 & 498 dirawat di Hospital Tumpat.
- Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Bandar Kota Bharu, Kota Bharu (Kes ke-499). Kes ini merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Zon Merah, Selangor) dan dikategorikan sebagai kes import B. Kes ini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
- Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Pulai Chondong, Machang (Kes ke-500). Kes ini merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Zon Kuning, Perak) dan dikategorikan sebagai Kes import B. Kes ini dirawat di Hospital Tumpat.
RINGKASAN KES BAHARU:
1 kes Kontak Rapat Kluster Long Panji
3 kes Kontak Rapat Kes ke-470
2 kes Saringan Berisiko Luar Negeri (Import B)
BILANGAN KES TAMAT TEMPOH 14 HARI*: 3 kes
2 Kes di Mukim Bukit Awang, Pasir Puteh
1 Kes di Mukim Peringat, Kota Bharu
*kes tamat 14 hari tidak akan dikira sebagai kes aktif
BILANGAN ZON MERAH: Tiada
BILANGAN ZON JINGGA: 1 Daerah
Kota Bharu (21 kes tempatan)
BILANGAN ZON KUNING : 6 Daerah
Pasir Puteh (16 kes tempatan)
Jeli (3 kes tempatan)
Bachok (2 kes tempatan)
Machang (2 kes tempatan)
Pasir Mas (2 kes tempatan)
Tumpat (1 kes tempatan)
BILANGAN ZON HIJAU : 3 Daerah
Gua Musang
Kuala Krai
Tanah Merah
JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 12 Kes Import B (Merentasi Negeri)
Saringan Berisiko dari Selangor (6 kes)
Saringan Berisiko dari Sabah (1 kes)
Saringan Berisiko dari W.P. Labuan (1 kes)
Saringan Berisiko dari W.P. K. Lumpur (1 kes)
Saringan Berisiko dari Perak (1 kes)
Kontak Rapat Kes Sah dari P. Pinang (1 Kes)
Kontak Rapat Kes Sah dari Selangor (1 Kes)
*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon
SUMBER: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#COVID19Malaysia #Covid19Kelantan #PatuhiSOP